Wednesday, January 1, 2014

Chicken Lasagna

Selamat Pagi Semua!!

Apa sarapan pagi anda sempena cuti tahun baru ini. Bila semua keluarga berkumpul, tentu sekali juadah yang disediakan menepati selera anak-anak. Pagi  ini atas permintaan anak-anak aku buatkan mereka Chiken Lasagna. Cara membuatnya mudah sahaja dan aku google resepi dari internet dan pilih resepi dari blog Cahaya Cintaku, Terima kasih kepada pemilik blognya, Puan Ana.



Cheese yang Meleleh... 
 Resepi Chicken Lagsana
1. 1 Kotak Lasagna segera San Remo (Rendam dalam air panas seketika untuk lembutkan)
2.   Mozzarella Cheese

3. Sos Merah

Cara sama untuk buat sos spaghetti 
Bahan2
1 Ulas bawang besar
4 Ulas bawang putih
2 Keping Ayam Cincang Ramly
1 tin cendawan butang
1 botol sos pasta prego (275g)
2 sudu sos cili
lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

4. Sos Putih 
Bahan2
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
250ml susu segar
3 keping cheddar cheese
(Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan susu dan cheese tunggu hingga semua sebati. Tutup api dan biar sejuk)

Cara Membuatnya

Dalam loyang, susun kulit lasagna rapat-rapat. Taburkan sos merah dan ratakan. Kemudian tuang sos putih pula. Lapiskan semula kulit lasagna dan ulang proses tadi sehingga 3 atau 4 lapis. Akhir sekali lapiskan semula kulit lasagna dan tabur sedikit sos merah dan akhir sekali tutup dengan mozzarella cheese. 
Bakar dalam ketuhar yg telah di preheat pada 180 darjah C selama 35 - 40 minit.  

Selamat Memcuba!!!!



No comments:

Post a Comment