Friday, January 3, 2014

Trip Jakarta - Bandung 2013 (Part II)

DAY 5 : TRANS STUDIO, BANDUNG

Hari ni kita orang peruntukkan khas untuk entertainment terutama budak anak-anak yang sudah pasti boring dengan aktiviti 'shopping'. Selepas sarapan, lebih kurang 8.30 pagi, van isuzu elf dan pemandu bernama Pak Ubin sudah siap menunggu untuk destinasi seterusnya iaitu Trans Studio. Tiket masuk lebih kurang RM50 seorang dan sudah tentunya harganya jauh lebih murah berbanding theme park ditanah air.  Excited sungguh budak2  dan jugak mak bapak budak. Tapi biasa ler bila masuk indoor theme park ni..bagi warga emas memang membosankan kerana terpaksa berjalan jauh dan naik tangga turun tangga. Mak mertua aku sporting, dapat juga dia naik dua ride iaitu 4D movie dan Pengembaraan Si Bolang. Selepas tu kaki dah mula sakit maka terpaksa lah aku meminjam kerusi roda buat mak mentuaku.  

Terdapat 20 rides kesemuanya dan ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Studio Central", "Lost City" dan "Magic Corner". Untuk maklumat lanjut bolehlah layari link dibawah:


Antara rides yang dinaiki 

Dibahagian Magic Corner - memasuki 'Dunia Lain'

Menonton persembahan muzikal Si Bayan ke Hollywood..sungguh creative dan menghiburkan

Sama tapi tak serupa..hehehe

No comments:

Post a Comment