Saturday, February 14, 2015

Kisah Ashabul Kahfi


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia



Begitulah bait-baik lagu Ashabul Kahfi kisah tujuh pemuda yang beriman yang melarikan diri kedalam gua untuk meyelamatkan diri dari kekufuran kaumnya yang menyembah berhala dan rajanya yang zalim. Kisah ini sebenarnya berlaku di Amman, Jordan. 


"Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)"

Petikan ini diambil dari blog Membuka Pintu Minda Anda, http://nh5471.blogspot.com/2013/11/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html.

Satu lagi kisah Ashabul Kahfi melalui penceritaan Saidina Ali http://tigosotigo.blogspot.com/2009/07/saidina-ali-menceritakan-kisah-ashabul.html

Kesempatan melawat Jordan tidak kami sesia-siakan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah gua Ashanul Kahfi. Gua ini telah dijadikan makam dan ditutup sentiasa kecuali dengan kebenaran. Ini bagi mengelakkan berlakunya amalan kurafat dari umat islam yang terlalu taksub. Terdapat tujuh buah makan didalamnya serta terdapat tinggalan bikar-bikar yang diperlukan sewaktu pertapaan. Dikatakan kubur anjing yang dijanjikan surga itu terletak betul-betul dipintu gua tersebut. MAri lah kita sama-sama ambil iktibar dari kisah ini. 


Makam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Ashabul Kahfi dan dikelilingi oleh pohon-pohon zaitun. Cuaca disana waktu lawatan kami sekitar 14-16 darjah celcius, cukup nyaman sekali. Bumi Jordan juga amat tandus yang dikililingi bangunan-bangunan batu senada warna tanahnya. Di sepanjang perjalanan kami terdapat ladang-ladang zaitun dan ianya merupakan sumber eksport utama negaranya.

Mengikut fakta, tulang-tulang  tersebut dijumpai pada 1963 didalam gua. 
Masjid  dan Gua Ashabul Kahfi
Bersama Rombongan disekitar kawasan Gua Kahfi

Cave of The Seven Sleepers
Pemandangan sekitar Amman Jordan


Sunday, February 8, 2015

Kerinduan Pada Baitullah


Betullah kata orang tua-tua, kalau kita pergi sekali kita nak pergi lagi berkali-kali. Bila teringat sahaja tanah suci, Mekah..kerinduanku pada Baitullah memuncak..terbayang-bayang Kaabah yang seakan2 melambai-lambai. Sungguh bagai dikata.."Rindu Serindu Rindunya".

Kami sekeluarga pergi ketanah suci pada 10 Disember 2014 hingga 24 Disember 2014 bersama rombongan De Mawardah Sg. Besar kelolaan bapa mertua adik aku Z. Perjalanan dari KLIA-Bangkok-Jordan amat memenatkan. Transit di Jordan lebih kurang 20 jam, jadi kami ambil kesempatan yang ada dengan lawatan ke Ashabul Kahfi dimana kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua selama 309 tahun. Di sanalah jasad 7 pemuda yang beriman bersama anjingnya dikebumikankan. Kasih ini akan aku ceritakan di post yang akan datang.

Berbalik pada kerinduanku ini, rombongan kami tiba ke tanah suci Mekah pada 18 Disember 2014 setelah ziarah Madinah. Mekah sebuah kota suci yang penuh dengan habuk debu akibat tangan2 manusia yang inginkan pembangunan. Begitu juga dengan Kerajaan Arab Saudi yang ingin memastikan tetamu Allah mendapat keselesaan untuk beribadat dari masa ke semasa.


Lihatlah bertapa ramai manusia kat sana. Kalau ikutkan tak celuh kita nak masuk dan tawaf. Tetapi dengan kuasa Allah. Mudah dan lapang laluan untuk kita. Subhanallah!! Kerinduanku memuncak, seakan Kaabah melambai-lambai dan mengamit ku, semuanya dengan keizinanMu yang Allah untuk aku menjadi tetamuMu lagi.

Hanya ada sebuah pintu utama dibuka "King Fahd Gate"..yang lain ditutup untuk renovation


Saturday, March 8, 2014

THE NATIONAL ECONOMIC SUMMIT - Office of The Prime Minister of Malaysia

THE NATIONAL ECONOMIC SUMMIT - Office of The Prime Minister of Malaysia

Saturday, March 1, 2014

Shopping @ Wicked Wardrobe

Pertama kali anak-anak dara aku sebut nama kedai ni dan tunjuk gambar di Instagram teruja juga aku. Saja melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar dan ikut trending masa kini.

Wicked Wardrobe ni, dimiliki oleh seorang student yang pada mulanya membuat jualan dibazar2 dan secara online. Kedai pula hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula pada pukul 12.30 p.m hingga 9.30 p.m. Alamat store ni B07-18 Empire Subang Soho

Susah sungguh nak mencari store ni hingga terpaksa bertanya pegawai di information counter yang terletak di tingkat UG, Empire Subang Jaya.  Ingatkan kat level B, tapi takde level B cuma yang ada BI dan B2 je..hahaha..tricky sungguh. Akhirnya selepas bertanya pegawai kaunter baru le tahu, bahawa ia terletak di tingkat 7 bahagian SOHO. Sebagai panduan dari information kaunter cari Murad skin specialist dan belok kiri hingga terjumpa lift yang dijaga oleh pegawai keselamatan, Untuk keatas, perlu mendapatkan pas pelawat dan kemudian baru naik lift ke tingkat 7. Keluar dari lift, belok kiri dan anda akan jumpa store wicked wardbrode....

Pelbagai pilihan Bag pack

Lampu deco ditangan

Baju ditingkat atas

HP cover and accessories

Trendy Bags

Anak-anak aku memang teruja dengan barang2 yang ada..sempat ler diaorang sambar beg seorang satu. Kalau ingin membeli secara online boleh pergi ke http://instagram.com/wickedwardrobe

Sebelum tu kami menjamu selera di Empire Serai..orang ramai menunggu giliran tapi rasa sedap dan menyelerakan. Tentang harga ..emm agak mahal!!

Butter Prawn, Chicken Mango & Tomyam Seafood

Tuesday, February 18, 2014

My First LV

Bertahun-tahun keinginan untuk menukar handbag memuncak. Cari punya cari masih tak berjumpa yang berkenan di hati. Setiap kali shopping mesti singgah bahagian handbag atau pun handbag stor, belek ini tak berkenan, belek itu pun tak berkenan. Nak beli handbag apa pun aku tak tahu. Bila masuk kerja mulalah boring dengan handbag yang sedia ada. Couch aku pun dah mula lusuh..dan comot. Usianya pun dah mencecah 3 tahun. Bag Bonia aku lagi le..dah hampir 5 tahun kot...itupun aku masih pakai dan tukar-tukar.

Impian untuk memiliki LV memang sudah terpendam sekian lama. Target aku untuk membelinyapun dah makan tahun. Niat di hati nak beli kat Paris konon..dapat murah sikit!! Yer ke murah!! Paris masih belum kujejaki dan tak tahu bila akan pergi kesana.

Niat ini aku suarakan kepada rakan kerjaku, Rosmiza. Dia setuju untuk sama-sama survey harga dan jenis handbag di LV Boutique @ The Garden, Mid Valley. Jumaat lepas, memandangkan tempoh lunch yang panjang dari 12.15 ptg higa 2.45 ptg, aku dan Ros berkesempatan pergi kesana. Survey punya survey terjumpalah model yang menepati citarasa dan harga pun menepati budget yang ada. Tapi aku kena KIV dulu..kerana perlu mendapatkan keizinan suami walaupun aku guna duit aku sendiri. Maka aku balik dengan tangan yang kosong dengan iltizam akan datang semula hujung minggu ini.

Aku suarakan niat dihati kepada suami dan jawapannya YES!..Sambil tu aku dan suami survey lagi model dan harga di internet disamping layaran laman web rasmi LV http://www.louisvuitton.co.uk/front/#/eng_GB/Homepage
Terdapat juga jualan di internet dengan harga yang sedikit murah berbanding boutique tapi aku tak berani takut terbeli imitation tapi harga original. Di MUdah.com pun ada jual yang terpakai.

Akhirnya pada Ahad lepas, 16 February 2014 aku bersama suami pergi membeli handbag idaman, Neverfull MM di Mid-Valley.

Neverfull MM 



Saturday, February 8, 2014

Rotiboy aka Mexican Coffee Bun

Bila baca statement fb seorang rakan berkenaan hobby dia 'meroti' and the latest ialah membuat roti mexico, terdetik dihati nak cari resepi kat internet. Bila google terjumpa lah link ni.. http://www.houseofannie.com/rotiboy-mexican-coffee-bun-recipe/

Nampak cam menarik je. Nak cuba la..ptg ni nak pergi beli bahan-bahan yang dicadangkan..harap-harap menjadi lah hendaknya.

Homemade

“Rotiboy” Mexican Coffee Bun Recipe

(makes about 17 buns)
Coffee Topping Ingredients
200 g softened butter
160 g icing sugar
3 lightly beaten eggs
2 tbsp instant coffee dissolved in 1 tbsp water
a pinch of ground cinnamon
200 g flour
Method
Beat the butter and sugar until the mixture is light and fluffy. Gradually beat in eggs. Mix in coffee flavoring. Sift flour onto mixture and mix until combined. Refrigerate the mixture.
Sweet Bun Dough Ingredients
500 g bread flour
20 g milk powder
75 g castor sugar
6 g salt
8 g instant yeast
5 g bread improver (vital wheat gluten – optional)
1 lightly beaten egg
270 g water
60 g softened butter
Method
1. Mix flour, milk powder, sugar and salt in mixer on low speed 1 min.
2. Add in yeast, egg and water. Mix on low speed for 1 minute, then medium speed for 8 minutes.
3. Add butter and mix for 5 minutes more on medium speed until a soft, smooth and elastic dough forms.
4. Remove dough from mixing bowl and shape into a ball.
5. Divide the dough into 55 gram portions. Roll each portion in to a ball and then cover and set aside for 10 minutes.
6. Flatten a ball of dough and place a 10 gram cube of butter into the center of the dough.
7. Gather the edges and pinch to seal. Pat into shape and place on a greased baking tray. Proof the buns for 45 minutes.
8. Preheat oven to 200*C (400*F).
(Notice that we’re using the wrappers from sticks of butter to line the baking sheet. Annie learned this tip from Fine Cooking magazine. The butter wrappers are like pre-greased parchment paper!)
9. Scoop the topping mixture into a piping bag and pipe the topping in a spiral pattern onto the buns.
10. Bake for 12-15 minutes or until the buns are lightly brown.

utk gambar lebih lanjut bolehlah pergi ke link diatas...Gambar & Resepi credit to http://www.houseofannie.com/


Saturday, January 4, 2014

Puri dan Kuah Dhal

Salam semua,

Post hari ini berkaitan dengan sarapan lagi. Kali ini aku cuba menu India iaitu Puri yang dimakan bersama kuah dhal. Idea puri ini datang bila kakak ipar ku memasak hidangan ini untuk makan malam dirumahnya. Senang dan sedap juga menu ini. Memandangkan semua anak aku suka..aku mengambil inisiatif untuk membuatnya. Setakat resepi dari mulut ni aku tidak confident sangat der. Jadi aku gunakan sekali lagi khidmat Mr. Google.

Puri ini merupakan makanan india yang merupakan doh yang digoreng seakan akan roti canai. Beberape website telah aku jelajahi dan diantaranya ialah

1. Chef in You
2. Indian Food
3. Youtube - info and step by step



Resepi Puri
Bahan2  (Lebih Kurang 20 keping)

3 cawan tepung
2 sudu minyak (suam)
1 setengah cawan air suam (tuang sedikit2 supaya adunan tidak lembik)
Setengah sudu kecil garam

Dalam bekas adunan, bubuh tepung dan garam. Gaul bersama minyak dan tuang air sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat ditangan dan bekas. (Macam buat karipap). Bulat dan doh memjadi adunan kecil dan canai.

Dalam api yang panas, masuk kan puri dan goreng. Ceduk minyak atas puri supaya naik kembung dan angkat bila keperangan.

Dan inilah hasilnya...dan sedap dimakan dengan kuah dhal.


 Resepi Kuah Dhal.

Bahan2.
1 biji Bawang Besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering dipotong halus
setengah sudu herba campur
1 tangkai daun kari
Sebungkus kacang dhal.

Cara Membuatnya.
Rebus sebungkus kacang dhal sehingga kembang.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang merah, bawang putih, potongan cili kering, daun kari dan rempah penumis sehingga wangi. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk  dan bubuh sedikit air. Tutup api dan masukan bahan tumisan kedalam periuk kuah dhal yang telah kembang tadi. Tambah garam secukup rasa dan tutup api apabila kuah menggeleggak.  (Kepekatan kuah dhal terpulang kepada citarasa).