Sunday, July 31, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan kali ini amat bermakna buatku. Kerana hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiranku..Sudahle jatuh pada hujung minggu, esoknya pulak 1 Ramadhan. Dikesempatan ini ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini Selamat menunaikan ibadah puasa. Tekadkan azam untuk lebihkan amalan pada bulan yang mulia ini.
Wish all of You "Selamat Berpuasa".
Thursday, July 28, 2011
Breakfast Di Pagi Hari
Apa yang anda makan untuk sarapan pagi ni? Pagi ni aku pilih menu yang heavy sikit iaitu mee goreng bersama telur mata. Tak tau apa rajin sangat pagi ni ..selalunya makan roti ataupun leftover food je. Tapi lepas je hantar Amelia ke sekolah, aku keluarkan mee yang dah 4 hari aku beli dari peti sejuk. Potong kobis, daun sup dan fish cake, blend bawang besar dan bawang putih bersama udang kering seta sedikit ikan bilis. Tambah lagi udang kertas. Fuh pasti menyelerakan.
Ikutkan hati yang kemaruk nak makan aku goreng plak telur mata. Bertambah yummy dan berkolesterol hehe...
Resepi Mee Goreng Mudah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Udang kering dan ikan bilis secukup rasa
Cili kering kisar
2 keping Fish Cake
Kobis dan Daun sup
Sos Cili, Tomato, Tiram & Kicap Mee
Udang Kertas
Cara2
1.Blend bawang merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Bila garing masukkan cili kering kisar kacau sampai cili masak (pecah minyak).
4. Masukkan udang, fish cake dan juga sos-sos diatas, kacau lagi.
5. Masukkan mee dan sayur kacau hingga rata dan mee masak.
(Kalau nak sedap boleh bubuh taugeh dan tauhu goreng)
Ini mee segera je, bahan tak cukup ni..tapi makan tetap sedap!!
Ikutkan hati yang kemaruk nak makan aku goreng plak telur mata. Bertambah yummy dan berkolesterol hehe...
Nampak menyelerakan |
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Udang kering dan ikan bilis secukup rasa
Cili kering kisar
2 keping Fish Cake
Kobis dan Daun sup
Sos Cili, Tomato, Tiram & Kicap Mee
Udang Kertas
Cara2
1.Blend bawang merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Bila garing masukkan cili kering kisar kacau sampai cili masak (pecah minyak).
4. Masukkan udang, fish cake dan juga sos-sos diatas, kacau lagi.
5. Masukkan mee dan sayur kacau hingga rata dan mee masak.
(Kalau nak sedap boleh bubuh taugeh dan tauhu goreng)
Ini mee segera je, bahan tak cukup ni..tapi makan tetap sedap!!
Wednesday, July 27, 2011
Marble Butter Cake
Hari Isnin hari tu rasa teringin pulak nak buat kek. Nak buat kek coklat bahan tak cukup. So aku decided to make a simple marble butter cake. Huh Yummy jugakkan!!
Aku pun keluarkan butter, malas nak tunggu lembut, aku masukkan dalam microwave dalam 30 seconds. Hehe..nak cepat..tapi hasil tetap sama. Kalau nak sedap guna butter mahal sikit, bau wangi dan rasanya lemak..so aku pakai Butter Golden Churn. Buat kek kalau nak gebu petuanya guna tepung kek Bluekey..pasti cantik jadi..so inilah hasilnyer...
Resepinya mudah saja, turun temurun dari mak aku.
Bahan-bahannya.
250gm Butter
2 cawan tepung kek Bluekey
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
Koko secukup rasa
Cara Membuatnya.
Aku tak ada pantang sangat dalam buat kek ni. so main campak2 je. setengah orang pukul putih telur dulu le..dan jangan terkena air le..dulu2 aku ikut jugak tapi lama-kelamaan malas pulak buat yang remeh temeh ni so kalau nak ikut cara aku begini....
1. Masukkan butter bersama gula kisar sampai sebati dan kembang (warna berubah jadi kuning keputihan)
2. Masukkan telur satu persatu, pukul sampai sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi sampai sebati
4. Masukkan esen, serbuk penaik, dan susu pekat manis
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu warna asal, satu lagi dicampurkan dengan serbuk koko
6. Dalam acuan kek, alaskan dengan kertas pelapik kek (kalau tak ada cuba griskan dengan butter dan taburkan tepung )
7. Masukkan adunan selang seli, warna asal, kemudian tambah adunan koko diatas adunan asal. Ketebalan corak bergantung kepada jumlah adunan yang diletakkan. Saya letakkan 3 sudu bagi setiap satu adunan.
8. Kek siap dibakar.
9. Sementara menyediakan adunan tadi panas kan oven selama 5-10 minit. Kemudian bakar dalam suhu 180C selama 50 minit (suhu dan masa ikut kapasiti oven anda).

Marble Butter Cake |

Tuesday, July 26, 2011
Book Review: Mendidik Anak Perempuan
"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka dan menyayangi mereka, nescaya syurgalah balasan baginya."
(Direkodkan oleh Ahmad di dalam Kitab Musnad Ahmad)Melihat tajuk buku ini, berserta petikan diatas dimuka hadapan buku ini cukup menarik minat aku untuk membeli buku ini. Ya lah, memandangkan aku juga mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya perempuan.
Buku ini dikupas dengan begitu menarik oleh penulisnya Abdul Mun'im Ibrahim bermula dari pemilihan isteri untuk dijadikan ibu kepada anak-anak, cara-cara mendidik anak-anak mengikut sunah Rasulullah, didikan anak mengikut peringkat umur. Tanggungjawab mendidik anak bermula dari dalam kandungan, sehinggalah mereka berkahwin. Walaupun telah berkahwin ibu-bapa masih mempunyai tanggungjawab dalam menasihati anak-anak selaras dengan tuntutan agama Islam.
Buku ini bukan hanya sesuai dibaca oleh para-ibu bapa malah, anak-anak juga boleh mendapat banyak manfaat darinya.
Monday, July 25, 2011
Birthday Present from Nuffnang and TGV Cinemas
Aku dapat email dari Nuffnang seperti berikut:
Betapa excited dapat birthday present ni..so hubby aku tolong ambilkan dengan bawa salinan email ni.
So dapatlah empat tiket complimentary dari Nuffnang office.Tarikh akhir kegunaan pada 31 August 2011.
Namun begitu ..kegairahanku utk menonton Harry Potter menggunakan pass ni terbantut. Nak tahu kenapa? Filem yang boleh ditengok terhad kepada filem yang bukan blockbuster atau pun yg dah suam-suam kuku...iaitu filem yang sudah 2 minggu ditayangkan kat panggung. So terpaksa aku hold dulu tiket ni..tak tahu bila nak tengok memandangkan Ramadhan dah dekat ni.
Walaubagaimanapun terima kasih kat Nuffnang serta TGV Cinema kerana telah menyenarai pendekkan blog aku sebagai penerima hadiah...

Thursday, July 14, 2011
Bulan Sya'aban 1432 Hijrah
Sedar tak sedar tak masuk bulan Syaaban pada 3 Julai lepas..jatuh pada hari Ahad dan masa tetap berlalu dengan pantas. Hari ni dah 12 Syaaban...bermakna semakin dekatnyer Ramadhan. Sudah berbayarkah puasa tahun lepas?? Bagi yang belum gunakan bulan yang penuh keberkatan ini bagi menggantikan puasa yang tertinggal. Aku seperti biasa..menghabiskan baki2 puasa ganti yang belum berganti. Selain ganti puasa dapat juga beramal dalam bulan Syaaban ni.
Kalau boleh , jangan lupa berpuasa pada 16 Julai ni..malamnya Malam Nisfu Syaaban..perbanyakkan amalan, membaca yassin dan memohon doa dari Allah SWT. Walaubagaimanapun amalan2 ini bukan hanya dikhususkan pada malam Nisfu Syaaban sahaja..kalau boleh jadikan amalan harian..Insyaallah...
Tentang amalan puasa Rasulullah, dalam Buku Syamail Muhammadiyah ada memetik sebuah hadis bertaraf sahih..Aisyah berkata
"Aku belum pernah melihat Rasulullah berpuasa sejumlah hari yang lebih banyak daripada bulan Syaaban. Beliau berpuasa pada sebahagian besar hari-hari bulan Syaaban kecuali beberapa hari. Beliau pernah berpuasa hampir sebulan penuh bulan Syaaban".
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tarmizi, Nasa'i dan Ahmad)

Dibawah ada sedikit Info untuk dikongsi bersama berkaitan Bulan Syaaban yg dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/778-kehebatan-di-bulan-syaaban.html
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Wednesday, July 13, 2011
Promosi McD: Double Cheeseburger dari 11 -13 Julai 2011
Sesiapa yg teringin nak makan double cheese burger McD 11 hingga 13 Julai ni boleh dapatkan kupon kat bawah ni..fuh..best deal for July..buy one free one..so jangan lepaskan peluang ni..tengok je..dah meleleh air liur...
http://www.mymcd.com.my/coupon/July/doublecheeseburger.pdf
cam ni le rupa kupon tu...so apa lagi print kupon tu..hitam putih pun boleh tapi saiz mesti tak kurang dari 4cm x 9cm.
http://www.mymcd.com.my/coupon/July/doublecheeseburger.pdf
cam ni le rupa kupon tu...so apa lagi print kupon tu..hitam putih pun boleh tapi saiz mesti tak kurang dari 4cm x 9cm.
Friday, July 8, 2011
Hukum Menunggang Kuda Dalam Islam
Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”.
Kuda merupakan sejenis haiwan yang gagah, pantas, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, handal dalam enduran serta cekap dan bijak. Bertapa bertuahnya jika kita dapat menunggangnye. Menunggang kuda di Malaysia merupakan aktititi sukan dan hobi. Jarang sekali menjadi haiwan peliharaan kerana ia memerlukan modal yang agak besar dari segi penyediaan stable, kawasan tunggangan dan selenggaraan. Aktiviti menunggang kuda ini agak mahal kerana kita perlu menjadi ahli kelab terlebih dahulu. Ini kerana bayaran bukan ahli lebih mahal. Bagi yang berkeluarga aktiviti ini bukanlah merupakan aktiviti berseorangan ia melibatkan kerjasama daripada semua ahli keluarga. Baru lah aktiviti penungganggan lebih lively and happening.
Baru-baru ni Amelia, anak bongsu berpeluang menunggang kuda melalui program Horsing Around yang dianjurkan oleh tadika beliau. Huh ..kagum dengan keberanian dia menunggang kuda. Aku? nak pegang kudapun takut!!!

Bahayanya Conjunctivitis...Mesti baca!!
Ingat tak lagi post saya berkenaan konjuntivitis ni!! Jangan pandang ringan pada sakit mata ni. Walaupun kebiasaanyer dia tak memudaratkan tapi kalau pandangan kita masih kabur, so better buat further examination.
Blur Vision |
Appointment diaturkan oleh suami untuk bejumpa dengan Dr. Azhar di hospital yang sama. Menurut Doktor, conjunctivitis saya menrupakan viral conjunctivitis yang mana viral ini masih merebak merosakkan mata hitam saya terdapat banyak scar/parut kesan dari infection tersebut. Scar itu lah yang membuatkan mata jadi kabur..selalunyer conjuntivitis hanya melibatkan mata putih tapi virus nyer yang kuat telah menyerang mata hitamku. Hehehe..Penjelasan yang sama juga Dr. tu diberikan kepada Kakak ipar ku. Jadi virus tu perlu dirawat dengan segera supaya tiada lagi ia merebak dan meninggalkan lebih banyak scar pada mata hitam.
Dr. Azhar prescribe saya 2 jenis ubat mata iaitu:
i) Tobradex Eye Dro; dan
ii) Cusiviral Sterile Eye Ointment
Kedua2 ubat titis ini perlu dipakai 4 kali sehari. Menurut Dr. Insyaallah ia akan baik dalam masa 3 bulan..tapi scar tersebut mungkin akan kekal. Dan appointment yang seterusnya 3 minggu dari tarikh lawatan pertama...
So..jangan pandang enteng dengan conjunctivitis ni...Harap ia dapat membantu...
Subscribe to:
Posts (Atom)